Sunday, April 20, 2008

Sebelum Dan Selepas

CINTA

(sebelum kahwin)
C=cubit kiri, kanan rasa
I=impian indah ibarat syurga
N=nikah impian utama
T=taat setia membawa bahagia
A=awal dan akhir bersama selamanya

(selepas kahwin)
C=cuka yang dituang pada luka
I=iblis yang merosak minda
N=nafsu semata-mata
T=tuba yang dibalas semula
A=api dalam neraka

KASIH

(sebelum kahwin)
K=kongsi semua suka duka
A=abang adik, ayang anja
S=sumpah janji dibibir sentiasa
I=istana bahagia dah dicipta
H=hatiku hatimu jua

(selepas kahwin)
K=kaki tangan naik kat kepala
A=abuk pun tara, nak makan apa?
S=simpati langsung tak ada
I=ironi membakar jiwa
H=hidup mati sama ja

SAYANG

(sebelum kahwin)
S=sikit-sikit SORRY..mengada!
A=asal free mesti nak jumpa
Y=you lap me i lap you
A=apa saja sanggup diduga
N=nak itu, nak ini..mesti dapat
G=gula-gula, coklat, teddybear hadiah utama

(selepas kahwin)
S=salah sikit kiamat dunia
A=air tak sedap basahlah mata
Y=yang betul dia je
A=ada tak de bagi anak reti la
N=nak dilawan digelar derhaka
G=gaduh sampai lebam

HATI

(sebelum kahwin)
H=hanya dikau yang daku cinta
A=air paip pun manis macam gula
T=tak jumpa sehari boleh jadi gila
I=igauan indah tak terkira

(selepas kahwin)
H=hantu jembalang lagi sempurna
A=airmata jadi teman setia
T=tempat mengadu dah tak ada
I=ikut hati mati..ikut rasa binasa..nak buat macam mana???



2 comments:

Anonymous said...

ppg suke yg ni..sume nye betul..hahahah comel jak ayat nye weeeeee

~MyTeDDyBeaR~ said...

Cumilkan??ehehehe 2 la yg tjadi dlm kehidupan manusia ;)~